Tuesday, 26 May 2015



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Internet merupakan jaringan komputer yang saling berhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat rangkaian tersebut. internet itu membawa maksud interconnection networking. penggunaan internet ini adalah bertujuan untuk mencapai maklumat, berkongsi sumber dan berkomunikasi. walaubagaimanapun kewujudan internet ini boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan.


Antara kebaikan dan keburukan internet ini ialah :

KEBAIKAN:

1. Mempercepatkan masa penyebaran dan capaian maklumat.
- contohnya, penyebaran maklumat dengan menggunakan aplikasi "Whatsapp, Facebook, twitter" dan sebagainya




2. Merapatkan jurang komunikasi.
- sentiasa berhubung antara satu sama lain menggunakan laman sosial seperti "Instagram, Skype, Tango dan agen pencari jodoh".


3. Mempelbagaikan peluang perniagaan.
- Melebarkan peluang perniagaan dengan menggunakan laman-laman web yang diwujudkan seperti Zalora, Lazada, Mudah.com, Agoda.com dan sebagainya.

4. Anti sosial.
- Misalnya, masyarakat hari ini terlalu leka dengan penggunaan gajet seperti tablet, smartphone  dan  sebagainya di mana-mana setiap masa.

5. Menjimatkan kos komunikasi.
- Contohnya, komunikasi lebih daripada dua pihak dalam masa yang sama iaitu    teleconferencing seperti Whatsapp dan Telegram.

6. Memudahkan urusan pembayaran bil utiliti.
- Proses pembayaran bil utiliti serta pelbagai transaksi.






KEBURUKAN:

1.Maklumat yang disampaikan belum tentu kesahihannya.
- contohnya penyebaran berita, fitnah, hasutan dan bahan lucah yang belum tentu kebenarannya.

2. Wujud jenayah siber.
- Misalnya, penggodam komputer.


3. Maklumat peribadi mudah diceroboh atau di "hack".
- Contohnya, penggunaan Facebook yang memudahkan orang lain mengetahui maklumat peribadi seseorang.

4. Mudah dilekakan dengan hiburan seperti permainan video atas talian.


5. Memudaratkan kesihatan.
- Misalnya menggunakan komputer terlalu lama kesan kepada mata terutamanya.